KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menutup platform media sosial sebaliknya pengendali akan didakwa susulan gagal mendapatkan lesen yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berpandukan kepada kuasa dan akta sedia ada, platform yang gagal mendapatkan lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk kompaun sehingga RM250,000. Menurut beliau, kes tersebut juga boleh dirujuk ke mahkamah dan dendanya boleh mencecah sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun. “Lesen ini…