IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya, minggu lalu. Tertuduh, Lee Hao Yi, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Nora Sharif. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee Huey Ting, 54, di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Barat 25, Taman Puteri Lindungan Bintang…










