Pemilihan Presiden AS: 30,000 undi pos dikira semula elak keraguan

Pemilihan Presiden AS: 30,000 undi pos dikira semula elak keraguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kira-kira 30,000 undi pos dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di Milwaukee, Wisconsin, akan diproses semula sebagai langkah berjaga-jaga, setelah mendapati beberapa pintu mesin pengiraan tidak ditutup sepenuhnya.

Jurucakap bandar, Jeff Fleming berkata, isu dengan mesin tersebut berpunca daripada kesilapan manusia dan mengesahkan tiada bukti gangguan.

“Terdapat perbincangan dengan pegawai pilihan raya di sini, berunding dengan pihak di Madison dan peguam, maka untuk memastikan tiada sebarang keraguan, maka sebahagian daripada proses itu akan dibuat semula,” katanya.

Beliau berkata, semua mesin pengiraan sedang ditetapkan semula kepada sifar, dan undi akan diimbas kembali melalui mesin.

Katanya, langkah itu mungkin memanjangkan proses pengiraan selama beberapa jam.

Berjuta-juta rakyat Amerika keluar mengundi pada Selasa untuk memilih Presiden ke-47 AS, yang menyaksikan pertembungan sengit antara calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×