Kenal pasti, latih segera calon PRU16

Kenal pasti, latih segera calon PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO perlu se­gera mengenal pasti calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan turun padang mendekati rakyat dengan me­lakukan gerak kerja agar dikenali masyarakat setempat.

Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut, Ra­zak Daud berkata, calon parti itu perlu dilatih sebagai pemimpin berpengalaman, ber­wibawa dan apa yang le­bih penting adalah diterima masyarakat di kawasan ditandingi.

“UMNO perlu segera memikirkan calon kerana calon dikenal pasti kena buat kerja kepada masyarakat bermula sekarang, jangan nak dekat pilihan raya baru sibuk fikir soal calon.

“Pilih antara tiga ke empat orang calon, mereka ini perlu dilatih dan dibantu jika tidak mempunyai pengalaman agar dapat menjadi pemimpin disukai masyarakat serta dinilai prestasinya oleh rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Razak berkata, calon yang dipilih perlu memenuhi kriteria yang bersesuaian berdasarkan kawasan terbabit agar dapat menawan hati pengundi dan membawa kemenangan kepada UMNO.

“Itu kita perlu dan kena buat bermula sekarang, UMNO perlu melahirkan calon berwibawa dan dikenali rakyat. Rakyat mahukan Yang Berhormat (YB) yang benar-benar mampu dan ikhlas berkhidmat, bukan YB segera,” katanya.

Beliau berkata, UMNO perlu mengatur strategi politik lebih dinamik berdepan cabaran semasa bagi memastikan parti tersebut terus relevan di mata rakyat dan bangkit semula.

“Strategi politik merangkumi banyak benda, calon, gerak kerja, kesesuaian kawasan bertanding dan kita ada pemimpin atau tidak dalam kawasan itu. Kalau ada pemimpin bagus dan kawasan itu bukan kawasan kita, kita boleh bincang dalam komponen parti, dalam Kerajaan Perpaduan pasal kita ada calon yang bagus,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu akan menyenaraikan calon PRU16 lebih awal sebagai persediaan mencari pemimpin yang tepat dalam mendapat sokongan rakyat.

Ahmad Zahid berkata, calon-calon terbabit akan dikenal pasti oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, diberikan latihan dan dipantau sebelum diangkat sebagai calon PRU16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×