Kembar seiras ceria genggam ijazah - Utusan Malaysia

Kembar seiras ceria genggam ijazah

PASANGAN kembar, S. Yamuna (kiri) dan S. Yasodaa bersama nenek mereka, A. Letchumy pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-68, di UTM, Skudai Johor Bahru. – utusan/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kehilangan ti­ga individu tersayang tidak menghalang pasangan kembar seiras menggenggam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68, hari ini.

Pasangan kembar, S. Yamuna dan adiknya, S. Yasodaa, 23, memberitahu, perjalanan menamatkan pengajian mereka tidak mudah, apatah lagi tidak berasal daripada keluarga mewah.
Menurut Yamuna, sejak sekolah rendah hingga universiti, mereka menerima pelbagai bantuan kerajaan seperti Ranca­ngan Makanan Tambahan (RMT), elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pada tahun 2006, sewaktu kami berusia lima tahun, ayah yang bekerja sebagai pemandu bas kilang terlibat dalam kemala­ngan, manakala ibu pula meninggal dunia akibat kanser pada 2009.

“Sejak itu kami empat beradik tinggal bersama datuk dan nenek, namun malangnya datuk pula maut akibat kemalangan pada 2010. Kemudian hanya nenek yang membesarkan kami empat beradik.

“Tidak dinafikan kejadian itu memberi kesan besar kepada kami sehingga trauma, ada ketikanya kami berasa sedih dan tertanya-tanya mengapa ditimpa nasib seperti ini,” katanya.

Yamuna dan adiknya ber­tekad mengejar cita-cita akademik bagi mengubah nasib diri dan keluarga supaya menjadi lebih baik.

Berkat kesungguhan mereka, Yamuna beroleh keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.83, manakala Yasodaa meraih 8A dalam SPM dan CGPA 3.81.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN