VISEU, PORTUGAL: Keju susu kambing biri-biri mentah dari Portugal dinobatkan sebagai Keju Terbaik Dunia 2024 dalam Anugerah Keju Dunia yang berlangsung di bandar Viseu, Portugal, semalam. Keju Queijo de Ovelha Amanteigado yang dihasilkan oleh syarikat kecil, Quinta do Pomar di Soalheira, Portugal, menewaskan 4,786 keju lain dari 47 negara dalam pertandingan terbesar sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1988. Keju ini menggunakan rennet vegetarian daripada bunga thistle, digambarkan sebagai keju…










