Kabinet Israel lulus belanjawan perang 2025

Kabinet Israel lulus belanjawan perang 2025

KERETA kebal tempur Israel memasuki Lubnan dari utara Israel di titik sempadan selatan di Naqoura, pada 13 Oktober lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kabinet Israel meluluskan belanjawan negara 2025, pakej kewangan zaman perang yang didakwa Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich sebagai menyokong perang berterusan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Selama lebih setahun, Israel ‘terkunci’ dalam perang dengan pejuang Hamas di Gaza dan berlanjutan memerangi Hezbollah di Lubnan sejak September lalu.

“Matlamat utama bajet 2025 adalah untuk memastikan keselamatan negara dan mencapai kemenangan di semua medan, selain menjaga daya tahan ekonomi Israel.

“Bajet ini akan membantu dan menyokong keperluan perang agar membawa kepada kemenangan yang membolehkan ekonomi kita kukuh serta berkembang selama bertahun-tahun,” kata Smotrich.

Belanjawan itu, berjumlah kira-kira AS$162 bilion (RM709 bilion), termasuk pakej tambahan untuk menyokong askar simpanan.

Bajet tersebut akan dibawa ke Knesset, di mana Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memegang majoriti, untuk diluluskan.

Netanyahu menyambut baik kelulusan bajet berkata, Smotrich menyediakan belanjawan yang penting dan diperlukan dalam tahun peperangan.

“Tambahan peruntukan akan diberikan kepada kementerian pertahanan ketika tentera menghadapi dua peperangan serta ancaman dari Iran serta kumpulan sekutunya,” katanya.

Bajet tersebut mengunjurkan defisit fiskal kira-kira 4.3 peratus.

Namun, bekas Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang utama, Yair Lapid, mengkritik bajet itu dan mendakwa akan meningkatkan perbelanjaan setiap keluarga di Israel sebanyak 20,000 shekel setahun.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN