JHEAINS harap ramai ahli GISBH ikuti program pemulihan - Utusan Malaysia

JHEAINS harap ramai ahli GISBH ikuti program pemulihan

Mohd. Asri Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berharap lebih ramai lagi ahli dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) di negeri ini menyertai program pemulihan secara sukarela bertujuan memulihkan akidah mereka.

Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah berkata, buat masa ini, hanya seorang pengikut kumpulan itu berasal dari ne­geri ini yang mendaftar dengan jabatan tersebut bagi tujuan menyertai program berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sekiranya adaahli dan pengikut GISBH, mendaftar secara terus kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“JHEAINS mengharapkan lebih ramai lagi ahli-ahli GISBH di Negeri Sembilan, tampil mendaftarkan diri untuk me­ngikuti program pemulihan yang diselaraskan MKN ini.

“Supaya mereka dapat bimbingan dan khidmat nasihat yang betul untuk kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

“Cabarannya lebih besar untuk mereka kembali kepada jalan yang benar sekiranya memi­lih untuk berusaha sendiri tanpa bimbingan dan sokongan dari mereka yang pakar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Jawatankuasa Mu­­za­karah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran GISBH yang dibawa Nasiruddin Mohd. Ali adalah sesat kerana mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat MKI Kali ke-125 yang bersidang pada 24 hingga 26 September lalu setelah yakin dan berpuas hati dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh penyelidik.

Pengerusi MKI, Datuk Dr. Nooh Gadot berkata, ajaran, pe­gangan dan fahaman dari GISBH dan pengikutnya atau mana-mana orang daripada syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan yang mempunyai kaitan dengannya atau mana-mana orang lain mempunyai ciri-ciri penyelewengan.

Dalam pada itu, Mohd. Asri menegaskan pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti yang me­langgar fatwa pengharaman Aurad Muhammadiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN