Israel perkenal sistem laser tepis serangan peluru berpandu

Israel perkenal sistem laser tepis serangan peluru berpandu

SISTEM pertahanan Iron Beam menggunakan laser berkuasa tinggi untuk menembak jatuh serangan peluru.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel menjangkakan sistem pertahanan lasernya, Iron Beam, boleh beroperasi seawal tahun depan, yang didakwa bakal memburukkan lagi keadaan konflik di Asia Barat.

Negara haram itu membelanjakan lebih AS$500 juta (RM2.2 bilion) minggu ini, bagi memperkukuhkan kerjasama dengan dua syarikat pembangun, Rafael Advanced Defence Systems dan Sistem Elbit, untuk mengembangkan pengeluaran sistem pertahanan tersebut.

Kementerian Pertahanan Israel berkata, sistem Iron Beam menggunakan laser berkuasa tinggi untuk memusnahkan pelbagai serangan, termasuk peluru berpandu, dron, roket dan mortar.

Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Eyal Zamir mendakwa, keupayaan sistem tersebut menandakan permulaan era baharu dalam peperangan.

“Keupayaan awal sistem laser darat dijangka akan mula beroperasi dalam tempoh setahun,” katanya.

Israel pertama kali memperkenalkan prototaip Iron Beam pada 2021 dan sejak itu terus mengusahakan pelaksanaannya.

Sistem Iron Beam menggunakan laser berkuasa tinggi yang ditempatkan di darat, dengan jarak jangkauan dari ratusan meter hingga beberapa kilometer.

Laser ini memanaskan peluru sasaran di kawasan yang terdedah, termasuk enjin atau kepala peledaknya, sehingga ia musnah.

Pendekatan ini berbeza daripada kaedah tradisional Israel yang menggunakan radar untuk mengenal pasti ancaman dan melancarkan peluru berpandu pemintas untuk menghancurkan sasaran di udara.

Berbanding Iron Dome, sistem laser seperti Iron Beam lebih murah, cepat dan efektif, menurut pakar.– CNN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN