HTJS makin sesak, perlu bina hospital baharu

HTJS makin sesak, perlu bina hospital baharu

Dasar Hospital Kerajaan yang tidak melakukan pengguguran tanpa alasan munasabah menyebabkan klinik swasta melakukan pengguguran secara haram. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Terdapat keperluan untuk membina sebuah hospital awam baharu di kawasan Nilai bagi menampung pertambahan bilangan pesakit di daerah ini yang bergantung kepada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan kepakaran kesihatan.

Aktivis kesihatan awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, Nilai merupakan lokasi terbaik bagi dibina hospital awam kedua di daerah ini mengambil kira pertambahan penduduk dan pembangunan di kawasan sekitarnya termasuk di Sendayan.

“HTJS sudah sesak dan penuh. Lagipun ia hospital lama dan tidak mampu menampung kehadiran pesakit yang bertambah.

“Berdasarkan pembangunan dan kependudukan yang me­ningkat di kawasan seperti Se­remban 2, Nilai dan Sendayan memang wajar sebuah hospital baharu dibina di Seremban dengan lokasi terbaik adalah di Nilai,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan pembinaan hospital kedua di Seremban menjadi keperluan mendesak mengambil kira unjuran pe­ningkatan jumlah penduduk di daerah ini.

“Peningkatan penduduk diunjur bakal mencapai 2.9 juta menjelang tahun 2045. Ini juga termasuk bagi menyediakan perkhidmatan untuk golo­ngan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTJS, Siti Salwany Abu Hassan berkata, HTJS sememangnya tidak lagi mampu menampung bilangan kehadiran pesakit yang mendapatkan rawatan termasuk jumlah pesakit luar.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan ada aduan diterima seperti terdapat pesakit terpaksa menunggu sehingga 20 jam di wad kecemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN