PETALING JAYA: Hanya 324 daripada 2.4 juta pekerja asing yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) didapati bekerja sebagai kedi, iaitu antara subsektor perkhidmatan ditetapkan pihak berkuasa. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, mana-mana kelab golf yang menggajikan pekerja asing tanpa PLKS yang sah adalah melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Katanya, individu bukan warganegara yang mempunyai dokumen perjalanan tetapi tidak mempunyai pas lawatan…










