Fasa ketiga kempen vaksinasi polio Gaza disambung

Fasa ketiga kempen vaksinasi polio Gaza disambung

PEKERJA kesihatan memberi vaksin polio kepada kanak-kanak Palestin di Zawayda di tengah Gaza, dalam fasa pertama kempen pada 1 September lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Fasa ketiga kempen vaksinasi polio yang tertangguh di Gaza akan bermula hari ini, setelah pelaksanaannya tergendala akibat pengeboman Israel, pemindahan besar-besaran dan kekurangan akses.

Kempen itu bermula pada 1 September lalu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang bayi mengalami separa lumpuh akibat virus polio jenis 2, kes pertama di wilayah tersebut dalam tempoh 25 tahun.

WHO dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, perjanjian untuk jeda kemanusiaan bagi kempen polio di Gaza dipersetujui, tetapi kawasan liputannya kini dihadkan hanya kepada Bandar Gaza berbanding sebelumnya pada September lepas.

Fasa akhir kempen ini disasarkan untuk pemberian dos kedua vaksin polio jenis nOPV2 kepada kira-kira 119,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di utara Gaza.

Namun, sasaran itu mungkin sukar dicapai disebabkan oleh kekangan akses, kata kenyataan organisasi bantuan itu.

Agensi hal ehwal awam Palestin tentera Israe, COGAT, mendakwa ia membantu menyelaraskan kempen tiga hari itu dan apabila selesai, akan ada penilaian untuk memutuskan sama ada perlu dilanjut.

“Penyelarasan ini akan memastikan penduduk dapat pergi ke pusat perubatan dengan selamat untuk menerima vaksin,” katanya dalam satu kenyataan.- REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN