ISLAMABAD: Dua warga China cedera akibat ditembak di hab komersial Pakistan di Karachi, hari ini. Kejadian berlaku selepas beberapa siri serangan yang mendorong Beijing menuntut keselamatan lebih ketat untuk rakyatnya. Pegawai kanan polis, Faizan Ali mengesahkan dua warga China ditembak, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut. Jurucakap Hospital Nasional Liaquat di bandar pelabuhan selatan berkata, ia kini merawat kedua-dua mangsa, dengan seorang daripadanya dilaporkan parah. Bagaimanapun, tidak jelas pihak yang bertanggungjawab…










