SYDNEY: Kerajaan Australia akan menggubal undang-undang untuk melarang penggunaan media sosial bagi individu bawah 16 tahun. Dasar yang dikatakan kerajaan sebagai pertama di dunia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, semalam. Beliau berkata, rang undang-undang itu akan diperkenalkan ke Parlimen tahun ini dan dijangka berkuat kuasa 12 bulan selepas ia diluluskan. “Media sosial memberikan kesan buruk kepada anak-anak kita dan saya mengambil langkah untuk menghentikannya,” katanya dalam sidang…










