2,616 mangsa banjir di lapan PPS - Utusan Malaysia

2,616 mangsa banjir di lapan PPS

SEORANG penduduk melakukan kerja-kerja membersih di kediamannya selepas banjir surut di Rumah Mampu Milik Teluk Kalong, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencecah 2,616 orang daripada 651 keluarga semalam dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah ketika ini iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Marang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,560 orang daripada 639 keluarga di lima PPS.

“Di Hulu Terengganu, seramai 43 mangsa daripada lapan keluar­ga berada di dua PPS manakala di Marang, hanya satu PPS dibuka menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga.

“Dua daerah terjejas banjir sebelum ini iaitu Setiu dan Dungun, pulih sepenuhnya dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS) mela­lui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan hanya dua sungai di Terengganu melepasi paras amaran setakat pukul 4 petang ini.

Stesen bacaan di Sungai Tumpat, Kampung Baru Kemasik di Kemaman merekodkan ketinggian air 2.05 meter berbanding paras amaran 1.90 meter.
Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu pula merekodkan bacaan setinggi 20.33 meter berbanding paras amaran 20 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN