KOTA BHARU: Taktik seorang penganggur menjadikan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor di sini sebagai ‘stor’ penyimpanan dadah bernilai RM49.17 juta terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota polis, minggu lalu. Serbuan pukul 9.05 malam itu membawa kepada rampasan pil kuda dan heroin terbesar di negara ini selain menahan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pemeriksaan…










