PASIR SALAK: Penduduk Kampung Pasir Jenderis di sini gempar dengan kehadiran seekor buaya yang dikesan di sebatang anak sungai di kampung itu, baru-baru ini. Penduduk mendakwa reptilia itu naik hingga anak sungai akibat banjir dan air pasang besar yang melanda sebelum ini. Mohd. Abu Asri Abu Hanipah, 50, berkata, dia ternampak buaya itu di anak sungai ketika pasukan bomba datang membantu mangsa banjir. “Saya percaya buaya ini naik ke sini…










