Hartawan Ukraine beli rumah termahal dunia

Hartawan Ukraine beli rumah termahal dunia

PENTHOUSE mewah terletak di puncak bangunan eksklusif Le Renzo di pesisir pantai Monaco.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO-VILLE: Monaco sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai antara lokasi hartanah paling eksklusif dunia apabila merekodkan transaksi kediaman paling mahal pernah dicatatkan, membabitkan pembelian sebuah penthouse mewah bernilai lebih AS$500 juta (RM1.95 bilion).

Pembelian tersebut dilaporkan dibuat oleh System Capital Management (SCM), sebuah syarikat pegangan milik bilionair Ukraine, Rinat Akhmetov bagi unit penthouse 21 bilik di bangunan Le Renzo.

Penthouse berkenaan terletak di puncak bangunan eksklusif di pesisir pantai Monaco dan merangkumi lima tingkat dengan keluasan lebih 2,499 meter persegi.

Kediaman itu mempunyai 21 bilik, lapan petak parkir eksklusif, beberapa teres menghadap Laut Mediterranean, kolam renang persendirian, jakuzi, kemasan perabot premium serta sistem automasi rumah berteknologi tinggi.

Harga luar biasa bagi kediaman paling mahal di dunia itu dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Monaco, negara berdaulat terkecil di Eropah selepas Vatican, mempunyai antara harga hartanah tertinggi di dunia, dengan anggaran setiap meter persegi melepasi AS$82,300 (RM322,568) pada tahun lalu.

Selain itu, bangunan Le Renzo merupakan antara pembangunan pertama dalam beberapa dekad yang mengubah landskap bandar kerajaan itu, menjadikannya projek yang sangat eksklusif dan unit.

Struktur penthouse itu pula direka seperti sebuah rumah agam lima tingkat yang terletak di atas sebuah bangunan apartmen mewah di pesisir Laut Meditteranean.

Pembelian Akhmetov juga mengatasi rekod transaksi kediaman paling mahal sebelum ini dengan margin yang agak besar.

Rekod terdahulu termasuk pembelian sebuah rumah agam di London milik Nick Candy bernilai lebih AS$350 juta (RM1.37 juta), serta sebuah penthouse di New York yang dibeli oleh pengurus dana lindung nilai, Ken Griffin, pada sekitar AS$240 juta (RM940 juta).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN