Pekerja kilang tidak mengaku lakukan seks luar tabii, amang seksual - Utusan Malaysia

Pekerja kilang tidak mengaku lakukan seks luar tabii, amang seksual

A. MURUGESWARAN hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi berdepan pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga anak teman wanitanya pada bulan Mei lalu.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga anak teman wanitanya.

A. Murugeswaran, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan hubungan seks di luar aturan tabii tanpa kebenaran mangsa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di S2 Height Seremban di sini lebih kurang pukul 5 petang, 21 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama iaitu boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh juga dihukum dengan sebatan.

Dalam pada itu, di lokasi dan masa sama tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN