GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar yang tinggal di kawasan pedalaman daerah ini, merayu bantuan bakul makanan dapat dihantar lebih awal sebelum Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlaku bulan depan. Bantuan yang diperlukan tidak hanya terhad kepada bakul makanan asas, tetapi juga kelengkapan khemah untuk berteduh sekiranya rumah mereka ditenggelami air atau berlaku banjir lumpur. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Tendrik, Pos Bihai, Apek…









