Iran buat aduan kepada pemerhati nuklear PBB berkait ancaman Israel

Iran buat aduan kepada pemerhati nuklear PBB berkait ancaman Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menulis surat aduan kepada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Israel terhadap tapak nuklearnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Luar Negeri, Esmaeil Baghaei dalam satu sidang akhbar mingguan, hari ini.

“Ancaman untuk menyerang lokasi nuklear adalah bertentangan dengan resolusi PBB… dan patut dikecam.

“Kami sudah menghantar surat mengenai perkara ini kepada badan pemantau nuklear PBB,” kata Baghaei.

Israel berikrar untuk menyerang Iran sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu Teheran yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu, menyebabkan spekulasi meluas bahawa lokasi nuklearnya mungkin menjadi sasaran rejim.

Dalam perkembangan berasingan, Baghaei turut memaklumkan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi akan melawat Bahrain dan Kuwait, sebagai sebahagian daripada usaha Teheran mengurangkan ketegangan di rantau tersebut.

Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan rejim yang menyasarkan sekutunya, Hezbollah di Lubnan dan Hamas di Gaza.

Ia adalah serangan kedua Iran terhadap Israel tahun ini, di mana rejim memberi respons kepada serangan pertama pada April lalu dengan serangan udara terhadap lokasi pertahanan udara di tengah Iran.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN