PUTRAJAYA: Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas serta akan mencontohi Ethiopia dalam usaha menjadi rakan BRICS untuk menjadi sebuah negara yang stabil ekonominya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ethiopia sebagai negara anggota BRICS menjadi tonggak penting dalam permohonan Malaysia untuk menyertai blok tersebut secara kolektif merangkumi satu per lima daripada perdagangan global. Menurutnya, Ethiopia telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa sepanjang tahun dan menjadi rakan kongsi penting bagi…