KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani menepis persepsi liar yang mengaitkan perpisahannya dengan bekas teman lelaki, Alif Hadi kerana gangguan orang ketiga. Kata Yasmin, dia dan Alif berpisah dengan persetujuan bersama dan bukan disebabkan kehadiran individu ketiga atau ‘penyondol’. “Tiada sesiapa yang ganggu hubungan kami. Apa juga puncanya, hanya kami yang tahu. Tak apalah, yang penting kami masih berkawan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Alif ketika ditemui pemberita di majlis…










