PETALING JAYA: Proses evakuasi rakyat Malaysia di Iran perlu dilaksanakan awal sebelum serangan lebih besar oleh rejim Zionis Israel tercetus di negara itu. Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah tersebut wajar bagi memudahkan pergerakan dan urusan logistik membabitkan operasi evakuasi dapat berjalan lancar. Menurutnya, tindakan awal bersifat pencegahan itu juga perlu melibatkan pengumpulan data dan maklumat selain memantau perkembangan terkini situasi di Iran susulan serangan berkenaan. …