Usaha tanah terbiar jadi kebun sayur moden

Usaha tanah terbiar jadi kebun sayur moden

SHAHRUL Rosdi Yosof menunjukkan tanaman sayur yang diusahakannya di tanah terbiar di Bendang Kering, Kuala Kangsar. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Melihat banyak kawasan tanah terbiar, seorang penduduk di Kampung Bendang Kering di sini memanfaatkan tanah-tanah tersebut untuk menjalankan penanaman sayur-sayuran secara moden.

Shahrul Rosdi Yosof, 48 tahun, berkata, apabila pulang ke Kuala Kangsar setelah berdekad bekerja di Lembah Klang, dia mendapati banyak tanah yang boleh diusahakan.

Keadaan itu mendorongnya mendapatkan beberapa pemilik tanah untuk mencadangkan perusahaan pertanian dijalankan.

Malah katanya, tanah-tanah tersebut termasuk tanah-tanah lot perumahan yang terbiar dan tidak dihuni oleh sesiapa.

“Saya melihat banyak tanaman boleh diusahakan. Saya mendapatkan penduduk kampung yang ada tanah, dan cadang tanaman bersama mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Usaha itu turut menarik minat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan dana dan khidmat nasihat bagi perusahaan tersebut.

Jelas Shahrul Rosdi, projek itu yang dimulakan sejak awal tahun di dalam pekarangan sebuah rumah usang, berjaya membuahkan hasil melalui tuaian pertama pada Julai lalu iaitu sawi dan pak choy.

Katanya, hasil tuaian pertama tersebut turut diberikan secara percuma kepada penduduk kampung dan mengharapkan langkah itu dapat membuka mata ramai.

“Menerusi bantuan yang ada, kami membina infrastruktur ini secara berperingkat dan cuba menarik anak-anak muda untuk terlibat sama bagi mengusahakannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN