Dakwaan itu ada benar, ada salah - Mila Jirin - Utusan Malaysia

Dakwaan itu ada benar, ada salah – Mila Jirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengasas Bizmilla Wedding Hall, Mila Jirin tidak menolak berlaku penambahan cerita mengenai dakwaan dia culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tular baru-baru ini.

Maklum dengan perkara itu, Mila memberitahu penambahan cerita itu membuatkan isu itu dipandang buruk sedangkan dia sebagai majikan berusaha keras untuk memastikan KWSP pekerja dilunaskan secara berjadual.

“Saya tidak tahu siapa yang bercakap itu. Tak apalah, itu hak mereka. Saya tak pernah nak membalas balik. Semua pekerja dilindungi akta. Apa pun jangan risau, yang kita boleh uruskan, kita uruskan.

“Di Bizmilla, kami mengutamakan gaji pekerja dan kelebihan-kelebihan yang mereka dapat. Segala yang tertunggak itu kami akan  uruskan.

“Dakwaan itu, ada yang betul dan ada yang tidak. Ada perkara yang ditambah-tambah. Ada perkara yang kita sudah selesaikan pun. Cerita yang diluahkan di Thread itu kita tak tahu bila berlaku.

“Yang penting sekarang ini kita sedang membuat pembayaran secara berjadual,” katanya kepada media semasa majlis pelancaran single terbarunya, Tersimpan Dalam Hati, semalam.

hangat di ruangan Thread apabila ada yang mendakwa Bizmilla Wedding Hall gagal melunaskan caruman KWSP sehingga mengakibatkan kakitangan tersebut ‘angkat kaki’ dari syarikat itu.

Mila dalam masa yang sama memaklumkan dia enggan melayan sebarang dakwaan di Thread dan lebih memilih untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul.

“Saya bukan majikan macam itu. Daripada saya runsing tentang masalah, baik saya fikir cara menyelesaikannya. Kerana itu saya tak pernah membalas apa sahaja tuduhan di media sosial.

“Bagi saya, ada betul dan salahnya. Ada potensi untuk orang menambah-nambah dalam sesuatu isu. Jika kita menjawab, kita sebenarnya memberi ruang kepada perkara itu berlaku,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Mila tidak menolak wujud pelbagai kemungkinan yang menjadi punca kepada dakwaan itu ditimbulkan di media sosial.

“Di Bizmilla kita mempunyai ramai pekerja, susah untuk kita pantau yang berhenti dan yang tidak. Apa yang penting Saya nak pastikan pasukan kita semua bergaji.

“Yang menambah cerita itu, saya tak mahu ulas. Yang saya nak cakap adalah saya melakukan yang terbaik untuk berjuang dengan kakitangan saya. Kalau saya bukan majikan yang baik,  tidaklah pasukan saya uruskan majlis sebaik ini.

“Mungkin mereka yang bercakap itu tidak berpuas hati. Mungkin juga diberhentikan sebab surat amaran, kita tidak tahu.

“Tapi tak mengapa, itu keputusan mereka. Saya tetap ikut prosedur operasi standard (SOP), polisi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN