Thailand tangguh kenaikan gaji minimum

Thailand tangguh kenaikan gaji minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menangguhkan kenaikan gaji minimum kepada 400 baht (RM51) sehari, yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Buruh, Pairoj Chotikasathien berkata, penangguhan itu diputuskan berikutan kekurangan kuorum pada mesyuarat jawatankuasa berkaitan.

Beliau berkata, jawatankuasa yang terdiri daripada wakil majikan, pekerja dan kerajaan, gagal mencapai kuorum pada dua mesyuarat sebelum ini untuk membincangkan kenaikan yang dirancang.

“Kami akan bergerak secepat mungkin,” katanya sambil menambah bahawa gaji minimum baharu hanya akan terpakai kepada perniagaan yang mempunyai lebih 200 pekerja.

Kenaikan gaji minimum daripada julat semasa 330 baht (RM42) hingga 370 baht (RM47.17) sehari adalah sebahagian daripada platform kempen parti pemerintah, Pheu Thai dan berjanji untuk meningkatkan gaji tersebut kepada 600 baht (RM76.50) menjelang 2027.

Rancangan kenaikan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara, yang terjejas oleh hutang isi rumah dan sektor pembuatan yang perlahan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN