KUALA TERENGGANU: Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan melakukan pengelasan zon di lokasi terumbu karang bagi meminimumkan kesan kelunturan karang yang berlaku di perairan Malaysia ketika ini. Pengarahnya, Ahmad Ridzwan Abd. Rahman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci. Menurutnya, kelunturan karang berskala besar yang kini berlaku di perairan negara berpunca daripada pemanasan global namun faktor aktiviti manusia turut memberi kesan terhadap perkara itu. “Terengganu memang agak terjejas terutama di sekitar Pulau Redang yang terkenal dengan keindahan terumbu karang di dasar laut. “Namun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya