Taufan Yagi ragut dua nyawa - Utusan Malaysia

Taufan Yagi ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Taufan Yagi melanda Hainan, China, sehingga meragut dua nyawa dan 92 yang lain mengalami kecederaan. 

Ribut taufan terkuat Asia tahun ini yang membawa angin kencang dan hujan lebat menyebabkan gangguan bekalan elektrik menyeluruh serta melumpuhkan pulau pelancongan yang dikenali sebagai ‘Hawai China’. 

Dengan kelajuan angin maksimum mencecah 234 km/j di pusatnya, Yagi merupakan taufan tropika kedua terkuat di dunia setakat ini, selepas Beryl, taufan Kategori Lima di Atlantik dan yang paling teruk di lembangan Pasifik tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas meningkat lebih dua kali ganda dan mengorbankan 16 orang di utara Filipina awal minggu ini, Yagi melanda bandar Wenchang di Hainan pada Jumaat petang.

Kurang satu jam selepas ketibaan Yagi, Hainan mengalami gangguan elektrik yang menjejaskan 830,000 isi rumah di wilayah tersebut, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini