Pemimpin pembangkang Uganda cedera ditembak polis

Pemimpin pembangkang Uganda cedera ditembak polis

BOBI WINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Pemimpin pembangkang utama Uganda, Bobi Wine dilaporkan cedera parah dalam konfrontasi dengan polis, semalam.

Platform Perpaduan Nasional (NUP) dalam hantaran di media sosial berkata, Wine ditembak di kaki dalam percubaan membunuh terhadapnya di luar ibu kota Kampala.

Namun, polis tempatan berkata, kecederaan bekas penyanyi pop yang kini menjadi ahli politik itu berlaku akibat tersadung semasa menaiki kenderaan.

NUP memaklumkan, Wine berada di Bulindo untuk bertemu seorang peguam apabila polis dan tentera mengepung kenderaan, dan mula melepaskan tembakan serta gas pemedih mata.

Menurut parti itu, Wine jelas menjadi sasaran dan ditembak di kaki.

Imej yang dimuat anik di akaun X milik Wine menunjukkan beliau dalam keadaan berdarah dan terbaring di atas katil hospital, dengan kecederaan pada betis.

Polis dalam kenyataan berkata, pihaknya terpaksa campur tangan selepas kumpulan Wine menghalang jalan tanpa kebenaran.

“Walaupun diberi amaran untuk tidak menganjurkan acara di jalan tersebut, Wine bertegas untuk meneruskan dan menutup jalan, menyebabkan campur tangan polis untuk menghalang perarakan,” kata polis.

Wain atau nama sebenarnya Robert Kyagulanyi, adalah calon pembangkang utama dalam pilihan raya presiden pada Januari 2021 dan tewas kepada Presiden Yoweri Museveni.

Pada masa itu, Museveni mendakwa beliau dipilih semula untuk penggal keenam walaupun terdapat dakwaan penipuan dan ugutan yang meluas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN