NEW YORK: Pelakon veteran Hollywood, James Earl Jones, yang meminjamkan suara bagi watak ‘Darth Vader’ dalam siri filem ‘Star Wars’ meninggal dunia, semalam. Pengurusnya, Barry McPherson berkata, Jones, 93, menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Dutchess County, New York. Walaupun menghadapi masalah pertuturan kerana gagap semasa kecil, mendiang yang dilahirkan pada 17 Januari 1931, membintangi puluhan filem termasuk Field of Dreams, Coming To America dan Conan the Barbarian.…










