PETALING JAYA: Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk bertemu pemimpin UMNO bagi menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) seolah-olah memperkecilkan keupayaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menarik sokongan Melayu. Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia, Mujibu Abd. Muis berkata, Presiden Pas itu perlu membincangkan hasrat itu dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu berbanding menyatakan pendirian secara terbuka tanpa penglibatan Bersatu. Katanya, kewujudan Bersatu bukan sahaja…