MUAR: ‘Sesiapa yang mahu minta maaf, minta maaf cepat jangan sampai kita ke mahkamah. Yalah, masing-masing nak tunjuk cerdik pandai.” Itu pesanan Peguam probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili ‘Abang Bas’ bahawa ahli keluarga tertuduh bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu termasuk selebriti yang menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap anak guamnya. Pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dan menasihati supaya mereka membuat permohonan maaf segera kepada ahli keluarga…