Mahkamah Brazil undi keputusan larangan X

Mahkamah Brazil undi keputusan larangan X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Panel lima anggota Mahkamah Agung Brazil akan mengadakan pengundian hari ini untuk menyemak keputusan Hakim Alexandre de Moraes dalam menutup platform media sosial X di negara itu.

Moraes, yang dilabelkan sebagai diktator oleh pemilik X, Elon Musk, memanggil sesi maya dewan pertama mahkamah – di mana beliau salah seorang anggota – supaya boleh mengkaji semula keputusannya.

Mahkamah Agung Brazil mempunyai 11 hakim yang dibahagikan kepada dua dewan, terdiri daripada lima ahli setiap satu, tidak termasuk ketua hakim.

Mereka boleh mengundi untuk mengekalkan atau menolak keputusan seorang hakim.

X ditutup di Brazil, salah satu pasaran terbesarnya, pada Sabru lalu berikutan keputusan Moraes, yang terlibat dalam perselisihan selama berbulan-bulan dengan Musk.

Platform media sosial terkenal itu gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh mahkamah untuk melantik wakil perundangan di Brazil, menyebabkan kepada keputusan penggantungan tersebut.

Pertikaian mengenai X bermula daripada perintah Moraes awal tahun ini yang mewajibkan platform tersebut menyekat akaun-akaun yang terlibat dalam penyiasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat palsu serta kebencian.

Musk mendakwa Moraes cuba menguatkuasakan penapisan yang tidak berasas dan menutup pejabat X di Brazil pada Ogos, tanpa melantik wakil baharu.

Beliau menegaskan bahawa media sosial memerlukan peraturan mengenai ucapan kebencian.

Keputusan terkini Moraes disokong oleh Ketua Hakim, Luis Roberto Barroso.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN