JOHOR BAHRU: Lebih banyak peluang pekerjaan bakal dinikmati warga Kluang, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota apabila kawasan itu bakal menjadi hab logistik negeri ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk Kluang. “Terdapat maklum balas kerajaan negeri hanya tumpu pembangunan di kawasan selatan Johor, daerah-daerah lain tidak diberikan…










