NAIROBI: Sekurang-kurangnya 17 murid maut selepas sebuah sekolah di tengah Kenya terbakar, pada malam Khamis.
Menurut polis, angka kematian dibimbangi akan meningkat memandangkan lebih 12 orang yang lain mengalami kelecuran teruk.
Jurucakap polis, Resila Onyango berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kebakaran di Sekolah Rendah Hillside Endarasha di daerah Nyeri.
Palang Merah Kenya menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada murid, guru dan keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu.
Kebakaran sekolah biasa berlaku di sekolah berasrama penuh di Kenya.
Pada 2017, 10 pelajar maut dalam serangan pembakaran di Sekolah Menengah Perempuan Moi, di ibu negara Nairobi.
Sekurang-kurangnya 67 pelajar maut di Machakos County, tenggara Nairobi, dalam kebakaran paling dahsyat di Kenya, lebih 20 tahun lalu.- BBC










