SERDANG: Industri florikultur menyumbang sebanyak RM2.68 bilion kepada eksport negara bagi tempoh 2018 hingga 2023 dan menjadikan ia industri bernilai tinggi. Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata, industri florikultur merupakan sektor berpotensi besar untuk diteroka dan mampu menjana imbangan perdagangan yang positif buat ekonomi Malaysia. Menurut beliau, Malaysia merupakan pengeksport florikultur ke-10 terbesar dunia dan merupakan peneraju utama dalam kalangan negara ASEAN dengan nilai eksport sebanyak RM405.3 juta…









