Bapa sanggup tikam anak sampai mati kerana motosikal

Bapa sanggup tikam anak sampai mati kerana motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Seorang lelaki bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana membunuh anak sendiri di Maros, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Maros, Iptu Aditya Pandu berkata, suspek yang berusia 44 tahun didakwa menikam mangsa sehingga mati berikutan berang kerana anaknya merosakkan motosikal.

Beliau berkata, polis masih menunggu hasil bedah siasat mangsa dari Hospital Bhayangkara Makassar dan segera menyelesaikan kertas siasatan.

Ketua Polis Pangkep, Bripka Hidayat berkata, insiden berlaku di kawasan perumahan Mandai pada Khamis lepas sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Beliau berkata, suspek berang selepas melihat motosikal yang digunakan anaknya rosak menyebabkan dia bertindak memukul wajah dan menendang mangsa beberapa kali.

“Pelaku memukul dengan tangan dan tongkat kayu serta menendang perut mangsa sebanyak tiga kali.

“Suspek kemudian bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa berulang kali sehingga dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Suspek kemudiannya ditangkap pada Sabtu lalu sebelum diserahkan kepada pihak polis berdekatan.– AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×