PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) menyediakan 8,481 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara bagi menghadapi bencana alam. PPS tersebut boleh memuatkan 2,158,743 orang yang dilengkapi dengan kemudahan asas untuk mangsa-mangsa dipindahkan. Setiap tahun Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dilanda musim tengkujuh manakala negeri-negeri lain di pantai barat dan utara adakala turut terkesan dengan peralihan Monsun Timur Laut. Minggu ini hingga November, Malaysia dalam fasa peralihan monsun menyebabkan beberapa…










