SEREMBAN: Sebanyak 63 butir bom lama zaman perang atau Unexploded Explosive Ordnance (UXO) telah ditemukan di Negeri Sembilan sejak tahun 2020 dengan daerah Jempol mencatatkan jumlah penemuan tertinggi iaitu sebanyak 19 butir bom. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, ia diikuti daerah Tampin dengan sebanyak 14 butir, Kuala Pilah (8), Seremban (6) dan Rembau (4) serta di Nilai dan Jelebu masing-masing menemukan tiga butir bom lama…










