HANOI: Presiden Vietnam, To Lam dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, jawatan tertinggi negara, menggantikan Nguyen Phu Trong yang meninggal dunia dua minggu lalu. Lam mengambil alih tugas sebagai ketua parti pada 18 Julai lepas, sehari sebelum kematian Trong kerana kesihatannya semakin merosot. Pewakilan parti sebulat suara menyokong pencalonan To Lam, menurut pegawai pada sidang akhbar. Dalam ucapannya kepada perwakilan, Lam berikrar untuk mewarisi dan mempromosikan legasi Trong, tidak…










