Tinggal gaji RM54,000 di UK, pulang kerja di Malaysia

Tinggal gaji RM54,000 di UK, pulang kerja di Malaysia

MUHAMAD Nazrith Naziman berbincang dengan dua kakitangannya di firma guamannya di Taman Sena, Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ketika ramai tenaga profesional dan mahir memilih kerja di luar negara dengan pendapatan lumayan, namun berbeza dengan seorang peguam muda yang sanggup meninggalkan gaji puluhan ribu di United Kingdom (UK) demi berkhidmat di negara ini.

Muhamad Nazrith Naziman,29, yang pulang ke tanah air bagi membuka firma guaman sendiri sejak bulan lalu memilih untuk menabur bakti di negara tercinta meskipun terpaksa meninggalkan gaji lumayan sekitar 9,000 pound sterling atau RM54,000 sebulan semasa berada di UK.

Beliau juga merupakan satu-satunya anak muda Melayu dari negeri ini yang berkelayakan sebagai Barrister-At-Law (The Inner Temple) serta berkelayakan sebagai peguam di seluruh negara Komanwel.

Untuk rekod, bekas Yang Dipertuan Agong pertama, Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad juga merupakan seorang Barrister-At-Law di Persatuan Kehormat The Inner Temple, London,UK.

Lulusan Ijazah pertama jurusan undang-undang dari University Of Liverpool, UK itu sebelum ini menjalankan latihan guaman di Persatuan Kehormat The Inner Temple di London, UK, dari tahun 2021 dan telah diterima masuk secara tetap tahun ini namun memilih untuk pulang berkhidmat di Malaysia.

Anak jati Perlis itu banyak terlibat menguruskan kes sivil, hubungan antarabangsa, ke­selamatan siber, jenayah dan pelbagai lagi mengusahakan firma guaman di Taman Sena di sini.

Muhamad Nazrith berkata, dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia berbakti di negara dan negeri sendiri meskipun terpaksa me­ninggalkan gaji yang tinggi.
Katanya, kebanyakan rakan-rakanya masih memilih untuk bekerja di luar negara.

“Memang diakui gaji di luar negara tinggi khususnya melibat­kan tenaga-tenaga mahir se­perti arkitek, doktor dan sebagainya namun saya mahu berbakti di ne­gara sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN