Tesla henti tempahan Cybertruck versi murah

Tesla henti tempahan Cybertruck versi murah

Tesla Cybertruck dipamerkan di kemudahan pembuatan Tesla Giga Texas semasa upacara pembukaan 'Cyber Rodeo', pada 7 April 2022 di Austin, Texas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANSISCO: Syarikat gergasi EV antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS), Tesla menghentikan tempahan Cybertruck bagi versi paling murah, yang berharga AS$61,000 (RM269,652).

Laman web Tesla memaklumkan, pihaknya kini membuka tempahan segera untuk versi AS$100,000 (RM442,000) dengan penghantaran seawal bulan ini.

Permintaan dan bekalan untuk Cybertruck dipantau rapi oleh pelabur dan peminat Tesla, kerana Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk melaburkan sumber dalam pembangunan trak tersebut dan merancang untuk menghasilkan 200,000 unit setahun.

Oktober lalu, Musk memaklumkan Tesla mempunyai sejuta tempahan untuk trak tersebut.

Beberapa pelanggan menyatakan mereka sedang menunggu versi yang lebih murah.

Menurut Cox Automotive, Cybertruck menjual hampir 4,800 unit pada Julai – bulan terbaiknya setakat ini dan menjadikannya sebagai kenderaan terlaris di AS yang berharga lebih AS$100,000 (RM442,000).

“Mereka menjual lebih daripada 16,000 setakat ini, tetapi mengekalkan volum tinggi pada titik harga itu akan menjadi satu cabaran,” kata jurucakap Cox dalam e-mel.

Cybertruck mempunyai reka bentuk luaran trapezoid yang tidak konvensional diilhamkan oleh filem ‘Blade Runner’ dengan badan keluli tahan karat.

Pada 2019, Musk menganggarkan trak itu berharga AS$40,000 (RM176,823) dan boleh melakukan perjalanan sejauh 800 kilometer atau lebih dengan sekali caj.

Laman web Tesla kini tidak lagi menawarkan pilihan untuk tempahan Cybertruck versi AS$61,000 (RM269,652), yang sebelum ini ditawarkan dengan jarak 400 kilometer dan penghantaran yang disasarkan pada tahun depan.

Siri terhad Foundation varian dwi-motor bernilai AS$99,990 (RM442,000) dengan jarak 511 kilometer dijangka akan dihantar seawal bulan ini, manakala Cyberbeast tri-motor pada harga AS$119,990 (RM530,493) dengan jarak 484 kilometer tersedia mulai Oktober.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×