Tebusan Israel nafi dipukul, dipotong rambut ketika di Gaza

Tebusan Israel nafi dipukul, dipotong rambut ketika di Gaza

NOA Argamani (kanan) bersama bapanya ketika berkongsi pengalaman sebagai tebusan di Gaza dalam pertemuan dengan diplomat Jepun di Tokyo, Khamis lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang bekas tebusan Israel tampil menafikan laporan yang mendakwa dia dipukul dan dipotong rambut semasa berada dalam tahanan perang di Gaza.

Dalam catatan di Instagram kelmarin, Noa Argamani menegaskan dirinya tidak boleh mengabaikan laporan luar konteks yang dibuat media Israel, baru-baru ini.

Argamani berkata, kumpulan Palestin tidak pernah memukul atau memotong rambutnya seperti yang didakwa, sebaliknya dia tidak akan melupakan detik getir berlindung di sebuah bangunan yang diletupkan oleh tentera Israel.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya luka di seluruh kepada dan cedera di beberapa bahagian badan.

“Namun saya ingin menegaskan mereka (rakyat Palestin) tidak memukul saya, tetapi kecederaan di seluruh badan itu adalah akibat runtuhan struktur bangunan yang terkena pada saya.

“Sebagai mangsa 7 Oktober, saya tidak akan membiarkan diri saya menjadi mangsa lagi oleh media,” katanya.

Penjelasan Argamani dibuat susulan merujuk kepada kenyataan yang dibuatnya kepada diplomat Jepun di Tokyo pada Khamis lalu.

Dia berkata, media Israel menyalahtafsirkan keterangannya, mendakwa dirinya dipukul dan rambut dipotong semasa dalam tahanan di Gaza.

Argamani adalah antara empat tebusan Israel yang dibebaskan pada 8 Jun lalu, dalam operasi khas di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Menurut penyiar awam Israel, KAN, kini terdapat 109 lagi tebusan di Gaza, di mana 36 daripadanya didakwa sudah meninggal dunia.

Israel melancarkan serangan di Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, dan meneruskannya selama lebih 10 bulan walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata segera.

Serangan itu mengakibatkan lebih 40,200 kematian rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala kira-kira 93,000 yang lain cedera.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN