Syabu disorok dalam bungkusan seperti tembikai

Syabu disorok dalam bungkusan seperti tembikai

DADAH dibungkus dalam 1,220 paket plastik kemudian dibentuk dan dicat seperti tembikai.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN DIEGO: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berjaya menghalang cubaan menyeludup dadah ke negaranya apabila merampas dadah jenis methamphetamine bernilai AS$5 juta (RM22 juta) yang disembunyikan dalam bungkusan menyerupai buah tembikai.

Pegawai Kastam dan Pengawasan Sempadan semalam memaklumkan, pihaknya menemui bahan tersebut di dalam sebuah trak di kawasan pemeriksaan di Otay Mesa, di sini.

Menurut agensi tersebut seperti laporan BBC, dadah itu dibungkus di dalam 1,220 paket plastik yang kemudian dibentuk serta dicat seperti tembikai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pemeriksaan oleh Kastam dan Pengawasan Sempadan, trak tersebut mengangkut barangan yang diikrarkan sebagai tembikai.

Pengedar dadah sering menggunakan taktik sama dalam modus operandi mereka antaranya menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam pisang, avokado dan keju.

Rampasan itu dibuat seminggu selepas agensi sama menemukan hampir 300 kilogram methamphetamine yang disembunyikan di dalam seleri.

Kedua-dua rampasan itu bernilai AS$6 juta (RM26.3 juta).

Pihak berkuasa AS melaporkan, kartel dadah Mexico adalah pengedar dan pengeluar utama methamphetamine ke negara ini.

Pada Februari lalu, pasukan keselamatan Mexico berjaya merampas lebih 40 tan dadah jenis itu di sebuah makmal terbesar yang pernah ditemui di negara itu dalam tempoh beberapa tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini