MERBOK: Sebanyak 632.2 kilogram (kg) sampah pelbagai jenis dikutip di sepanjang Pantai Tanjung Rhu di Tanjung Dawai di sini yang menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu. Inisiatif itu dijayakan sekumpulan 30 sukarelawan Beach Cleanup Kedah (BCK) bertujuan memelihara kebersihan selain memberi rezeki kepada nelayan pantai di situ. Pengasas BCK, Yap Kim Ean berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen mereka dalam melakukan sesuatu yang bermanfaat buat komuniti terutama membabitkan penjagaan kebersihan dan…










