Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian jenazah Istiqomah

Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian jenazah Istiqomah

YUSOF Mokhtar kelihatan sebak sambil memeluk anak sulungnya semasa menghadiri pengebumian jenazah isterinya di perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Suasana pilu yang menyelubungi majlis pengebumian jenazah Istiqomah Ahmad Rozi, 33, ditanah perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas di sini malam tadi bertambah hiba apabila suaminya dilihat tidak dapat menahan sebak sambil memeluk anak sulungnya.

Yusof Mokhtar, 35, ketika ditemui pemberita meluahkan rasa syukur selepas jenazah arwah isterinya selamat dikebumikan.

“Syukur Allah permudahkan segalanya, saya reda di atas pemergiannya,” katanya.

JENAZAH Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL

Terdahulu, jenazah Istiqomah jenazah Istiqomah dituntut suaminya di Unit Forensik Hospital Melaka dan kemudian dibawa pulang ke Kelantan pada pukul 2.10 petang.

Jenazah Istiqomah selama tiba di kediaman keluarganya pada pukul 10.25 malam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Istiqomah selamat dikebumikan pada pukul 11.50 malam tadi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kehilangan seorang guru sejak Disember tahun lalu terjawab selepas mayat wanita yang dibunuh kejam dan disumbatkan ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang di kawasan Kampung Rimau, Pulau Sebang disahkan sebagai Istiqomah.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos lalu, mendapati ia sepadan dengan mangsa.

Hasil ujian mendapati, ia sepadan dengan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Pulau Sebang pada 31 Disember 2023.

Mangsa dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×