LIPIS: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha mengelakkan parti tersebut diharamkan. Menurutnya, tindakan berani dan berstrategik terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan UMNO yang ditekan dari pelbagai sudut oleh Dr Mahathir supaya UMNO tidak mampu bangkit dan ingin mengharamkan UMNO. “Apabila mengetahui UMNO mahu diharamkan dan ini disahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim…










