Rusuhan UK: Jangan jadikan migran, pelarian kambing hitam

Rusuhan UK: Jangan jadikan migran, pelarian kambing hitam

SEORANG penunjuk perasaan bertopeng membaling tin arak ke arah polis rusuhan di Bristol, pada 3 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap protes ganas yang berterusan di United Kingdom (UK), susulan pembunuhan tiga kanak-kanak di bandar Southport, minggu lalu.

Kejadian itu memburukkan hubungan dalam komuniti dan mencetuskan lebih banyak episod kekacauan di bandar-bandar seluruh England.

Jurucakapnya, Thameen Al-Kheetan berkata, pejabat itu memantau rapat pergolakan dan keganasan yang tercetus di pelbagai bahagian negara sejak beberapa hari lalu.

“Seperti di mana-mana negeri lain, kami bimbang dengan insiden keganasan termasuk serangan terhadap polis, kejadian Islamofobia dan serangan terhadap masjid serta pusat yang menempatkan pencari suaka,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun hak untuk berhimpun adalah asas, ia mesti dilaksanakan secara aman.

“Advokasi kebencian kaum atau agama yang menimbulkan hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan adalah tidak boleh diterima dan mesti dilarang,” katanya.

Al-Kheetan juga menyambut baik komitmen paling tinggi kerajaan UK untuk memerangi keganasan mengikut lunas undang-undang.

Beliau turut menggesa ahli politik dan tokoh berpengaruh lain untuk mengelakkan retorik yang memecah belah serta menghasut kepada kebencian, keganasan atau diskriminasi.

“Ini termasuk mengelakkan daripada menjadikan kumpulan tertentu, seperti migran dan pelarian, sebagai kambing hitam untuk mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang perlu ditangani,” katanya.- ANADOLU

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN