Ramai pesakit kanser tak tahu di mana dapatkan rawatan sesuai - Utusan Malaysia

Ramai pesakit kanser tak tahu di mana dapatkan rawatan sesuai

SARLINAWATI Abd. Mues (kiri) bersalam dengan penganjur Program Mahabah Kasih, Nur Diana Hashim di hadapan Plaza Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pesakit kanser perlu mendapat penerangan lengkap tentang penyakit itu supaya mereka tahu ke mana dan bagaimana untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Menurut konsultan yang juga pesakit kanser, Sarlinawati Abd  Mues, 48, perkara tersebut penting kerana kebiasaannya pesakit kanser hanya duduk di rumah tidak mahu mendapatkan rawatan atas pelbagai alasan seperti lokasi (pusat rawatan) yang agak jauh selain faktor kewangan. 

Justeru, beliau yang terlibat dalam program amal bagi membantu para pesakit kanser menerusi jelajah solo dengan motosikalnya berazam memberikan penerangan lebih jelas tentang perkara berkenaan. 

“Jelajah ini bertujuan untuk menyantuni para pesakit  kanser dalam laluan saya ke seluruh negara. Saya akan berikan motivasi dengan mengumpulkan data-data pesakit kanser dan seterusnya memberikan bantuan. 

“Ini kerana masih ada yang tak tahu apa itu kanser, di mana nak dapatkan bantuan, macam mana nak buat rawatan dan sebab itulah mereka perlukan penerangan penuh tentang kanser,” katanya ditemui pada Jelajah Solo Pejuang Kanser sempena Program Mahabah Kasih di Plaza Angsana Johor Bahru Mall, di sini.

Sarlinawati.memberitahu, tahun lalu beliau melakukan jelajah solonya pada 20 hingga 23 Oktober yang bermula di Putrajaya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Gerik (Perak), Baling (Kedah) dan berakhir di Ipoh, Perak. 

Namun kali ini, jelajah solonya turut ke  Sabah, Sarawak dan jika berpeluang akan diteruskan ke Brunei. 

“Setakat ni saya tidak mengalami apa-apa halangan cuma dana atau sokongan yang saya terima di sepanjang perjalanan adalah bila orang tengok baju saya, bendera (logo), ramai akan datang hulurkan sumbangan.  Sumbangan tidak spesifik, tetapi kalau di stesen minyak pula dapatlah isi minyak percuma; alhamdulillah,” katanya.

Beliau turut merancang untuk melakukan jelajah ke 20 negara termasuk Eropah pada tahun yang dijangka mengambil masa empat bulan.

“Insya-Allah tahun depan, saya merancang untuk menjelajah ke 20 negara menuju ke Thailand, Myanmar, China, India, Pakistan, Nepal, Turki, negara Balkan dan masuk ke Eropah melalui Jerman, Mesir serta Arab Saudi. Kalau ikut perancangan sempena bulan kesedaran kanser pada April. Namun, masih belum ada tarikh yang spesifik, masih di peringkat perbincangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×